Wednesday, 29 May 2013

TIPS MEMASAK DENGAN PANTAS



Tip-tip  ini saya gunakan untuk menyelesaikan masalah saya yang berkerjaya, tetapi ingin menyediakan makanan yang dimasak oleh saya untuk keluarga saya. Ini kerana saya berpegang yang AIR TANGAN EMAK ADALAH YANG TERBAIK UNTUK PERKEMBANGAN ANAK-ANAK DAN  MEMUPUK KASIH SAYANG DI DALAM KELUARGA. 

Yang paling utama, kita mesti merancang apa menu kita untuk hari itu dan ini akan mempercepatkan kita memasak. Seperti kita boleh terus meletakkan ayam/daging/ikan dari bahagian sejuk beku ke sejuk dingin, sebelum pergi kerja. Tip-tipnya adalah seperti berikut:


  •  Saya sediakan stok sekurang-kurangnya untuk dua minggu sekali. Seperti  yang  saya buat PERENCAH TOMYAM AROI yang saya sediakan untuk memudahkan  memasak tomyam kurang dari 5 minit.  Jika kita tak tahu membuat stok, kita boleh membeli pes atau perencah yang sediada di kedai,  yang penting TANPA BAHAN PENGAWET DAN PEWARNA SERTA HALAL.

  •  Potong dan bersihkan ayam, daging atau makanan laut sebelum disejukbeku. Kesemua ini saya selalu asing-asingkan didalam plastik yang kecil mengikut keperluan sekali masak untuk keluarga saya. Sebelum pergi kerja saya akan turunkan ke bahagian sejuk dingin, dan apabila balik kita terus masak aje.

  • Kisar semua bahan tumisan seperti  bawang merah, bawang putih serta halia dan di simpan di dalam peti sejuk.

  • Semasa memasak,kita gunakan dua dapur serentak, ini dapat mengurangkan masa.

  •  Gunakan Teknik mengukus, kerana ini amat menjimatkan masa kita kerana semasa mengukus kita boleh memasak sayur, serta kita tidak perlu menjaga masakan kita.

  •  Semasa memasak kita perlulah menyambil membasuh dan mengemas peralatan supaya dapat mengurangkan masa kita di dapur. Ini juga membuat kita tidak tension bila melihat dapur selepas memasak, kerana sudah memasak dan dapur terus kemas.

Saya harap tips yang saya kongsikan ini boleh menyelesaikan masalah bagi  ibu-ibu / orang yang ingin menyediakan masakan di rumah tetapi sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Founder
PERENCAH TOMYAM AROI
Rohaya Binti Shahibudin 



Tuesday, 28 May 2013

Resipi Nasi Goreng Tomyam Aroi



Photo: Hari ni hari minggu...jadi memang sibuk sangat tugas ibu untuk uruskan rumah...ye lah seminggu beb...
Kesimpulannya saya sediakan masakan yang paling senang untuk kami sekeluarga iaitu NASI GORENG TOMYAM AROI. 
Memang lazat...siapa nak cuba say i...nanti saya kongsi resepi...tgk gambar ni le hasilnya.:-)

 BAHAN-BAHANNYA:
- 2 MANGKUK NASI
- 2 ULAS BAWANG PUTIH
- ISI AYAM / UDANG
- 1 BATANG SERAI (DIKETUK)
- 1 SUDU MAKAN PERENCAH TOMYAM AROI
- 1 SUDU MAKAN SOS CILI
- 2 SUDU MAKAN SOS TIRAM
- SAYUR ( SAYA GUNA KOBIS JE.....)
- 1/2 BIJI TOMATO
- DAUN LIMAU PURUT
- PERAHAN LIMAU NIPIS
- GARAM

CARA MEMBUATNYA:
1. TUMISKAN BAWANG PUTIH DAN SERAI SERTA AYAM / UDANG
2. MASUKKAN KESEMUA BAHAN LAIN DAN NASI
3. TAMBAHKAN GARAM DAN GORENG SAMPAI MASAK.