Tip-tip ini saya
gunakan untuk menyelesaikan masalah saya yang berkerjaya, tetapi ingin
menyediakan makanan yang dimasak oleh saya untuk keluarga saya. Ini kerana saya
berpegang yang AIR TANGAN EMAK ADALAH YANG TERBAIK UNTUK PERKEMBANGAN ANAK-ANAK
DAN MEMUPUK KASIH SAYANG DI DALAM KELUARGA.
Yang paling utama, kita mesti merancang apa menu kita untuk
hari itu dan ini akan mempercepatkan kita memasak. Seperti kita boleh terus
meletakkan ayam/daging/ikan dari bahagian sejuk beku ke sejuk dingin, sebelum
pergi kerja. Tip-tipnya adalah seperti berikut:
- Saya sediakan stok sekurang-kurangnya untuk dua minggu sekali. Seperti yang saya buat PERENCAH TOMYAM AROI yang saya sediakan untuk memudahkan memasak tomyam kurang dari 5 minit. Jika kita tak tahu membuat stok, kita boleh membeli pes atau perencah yang sediada di kedai, yang penting TANPA BAHAN PENGAWET DAN PEWARNA SERTA HALAL.
- Potong dan bersihkan ayam, daging atau makanan laut sebelum disejukbeku. Kesemua ini saya selalu asing-asingkan didalam plastik yang kecil mengikut keperluan sekali masak untuk keluarga saya. Sebelum pergi kerja saya akan turunkan ke bahagian sejuk dingin, dan apabila balik kita terus masak aje.
- Kisar semua bahan tumisan seperti bawang merah, bawang putih serta halia dan di simpan di dalam peti sejuk.
- Semasa memasak,kita gunakan dua dapur serentak, ini dapat mengurangkan masa.
- Gunakan Teknik mengukus, kerana ini amat menjimatkan masa kita kerana semasa mengukus kita boleh memasak sayur, serta kita tidak perlu menjaga masakan kita.
- Semasa memasak kita perlulah menyambil membasuh dan mengemas peralatan supaya dapat mengurangkan masa kita di dapur. Ini juga membuat kita tidak tension bila melihat dapur selepas memasak, kerana sudah memasak dan dapur terus kemas.
Saya harap tips yang saya
kongsikan ini boleh menyelesaikan masalah bagi
ibu-ibu / orang yang ingin menyediakan masakan di rumah tetapi sentiasa
sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Founder
PERENCAH TOMYAM AROI
Rohaya Binti Shahibudin
No comments:
Post a Comment