Berikutan dari soalan yang bertubi-tubi dan pelbagai
bertanyaan tentang perkara yang saya ajukan di dalam FB. Sampai saya tidak
sempat menjawap satu persatu, jadi di sini saya ingin rangkumkan semua jawapan
itu. Perkara yang saya wujudkan itu adalah niat untuk membantu beberapa orang
yang masih kebuntuan untuk mengeluarkan produk masing-masing, tetapi saya teruja
kerana begitu ramai yang ingin mengetahuinya.
Di sini, saya menjawab
semua persoalan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang masih
sedikit dan cetek ini, sepanjang saya mengeluarkan produk saya iaitu PERENCAH
TOMYAM AROI. Saya harap sedikit ilmu yang saya ada ini dapat membantu kekawan
yang lain yang masih lagi tersekat di
“federal highway” untuk teruskan perjalanan dengan lebih lancar. Bagi yang tahu
lebih dari ini , saya meminta kekawan menambahnya, dengan memasukakan ke ruang
comments. Di harap kita dapat sesama membantu yang lain.
BAGI YANG SUDAH ADA PRODUK
MARDI
Pertama, bawa produk (sedikit je…macam saya pes hanya dalam
2 sudu) ke MARDI. Jumpa dengan pegawai
penyeledik dan tanya macamana nak produk kita dapat dikomesialkan, dari segi ketahanan dan
pembungkusannya. Seperti produk saya pes, dia akan terus bawa ke lab dan buat
ujian BRICKS dan PH. Ini semua untuk pes tu tahan lama. Untuk menambah
ketahananan, itu letak diluar bukan
dalam peti sejuk, ia member I nasihat kepada saya tentang jenis plastic yang
sesuai dan cara pembungkusannya.
Perkara utama yang
dia nasihat kepada saya adalah, semasa saya membuat R&D di rumah (iaitu membuat
“formulation”) kita perlu menyukat setiap benda yang kita masukkan. Ini amat
penting bagi kita bila ingin mengeluarkan produk kita dalam skala besar. Bila
kita sudah confirm dengan ‘formulation’ itu, kita hendaklah terus pergi ke
MARDI untuk buat ujian di lab. (macam pes saya ujian BRICS dan PH). Bila sudah
lepas, maka kerja kita sudah bermula untuk mengeluarkannya.
JABATAN PERTANIAN
Apabila produk kita sudah dibungkuskan seperti yang MARDI
nasihatkan kita, maka bolehle kita membawanya ke Jabatan Pertanian. Di sini kita jumpa dengan pegawainya untuk
meminta geran untuk barang-barang yang
diperlukan oleh kita untuk mengeluarkan produk kita. Terdapat dua jenis geran
di sini iaitu GERAN ADUN DAN GERAN KERAJAAN PERSEKUTUAN. Geran adun yang senang
untuk kita minta. Untuk meminta geran ini kita perlula mempunyai bengkel
sekurang-kurangnya. Tetapi yang tiada bengkel tak apa , Cuma perlu berdaftar
dengannya untuk kesenangan kita bila ingin mendapat khidmat nasihatnya. Di sini, tanya aje apa yang dia tawarkan kepada
kita.
FAMA
Jabatan ini juga amat penting untuk kita membuat promosi di
pasar-pasar tani, Hari peladang Negeri dan MAHA serta untuk eksport ke luar
Negara. Di sini kita hanya perlu mendaftar dan
tanya pada nya berkaitan dengan promosi. Di sini juga ada geran yang
ditawarkan iaitu seperti geran pembungkusan produk.
BAGI YANG TIADA PRODUK
Bagi yang tiada produk dan ingin mengeluarkan produk
sendiri, kekawan boleh juga ke MARDI dan bertanya padanya tentang kursus-kursus
yang ditawarkan. Kekawan boleh rujuk pegawai terus mendaftar untuk kursus yang
diminati. Kursus yang ditawarkan semua berbayar mengikut apa yang kita mahu.
Pelbagai kursus untuk mengeluarkan
produk sendiri ditawarkan.
Selain dari MARDI, kekawan boleh juga mengikuti kursus di CEPP
UTM. Saya tahu UTM kerana syarikat saya berada di dalam UTM. Kekawan boleh le
melawati laman webnya : cepputm (maaf lupa alamatnya penuh, tetapi boleh
google). Universiti lain saya tak pasti tetapi kekawan boleh juga rajin-rajin
bertanya dengan staf-staf mereka. Di situ kita boleh mengikuti kursus untuk
keluarkan produk kosmetik,herba, sabun, baja ( itu aje yang ingat….nanti
tengokle sendiri ok)
Di semua tempat ini bolehle kita belajar macamana nak buat
‘formulation’ dan seterusnya mengeluarkannya dengan skala besar.
Oleh:
Founder PERENCAH TOMYAM AROI
ROHAYA BINTI SHAHIBUDIN
Thnaks sangat2. sangat berguna dan membantu. semoga nada kaya dan berjaya. soalan saya , Selepas dapat nasihat dari mardi mengenai pembungkusan tu, plastik pembungkus tu mardi ada supply or puan cari di mana. dan bahan puan guna pengawet atau tak. sekian
ReplyDeleteadakah mardi akan kenakan bayaran untuk ujian mereka?
ReplyDeleteAs salam, saya mempunyai produk iaitu perencah steamfish, sejenis produk seperti pes tomyam juga tetapi saya tidak tau bagaimana untuk membungkus dan memasarkan produk saya ini, bagaimanakah tindakan saya selanjutnya. harap pihak puan dapat menolong saya. Terima kasih
ReplyDeletePernah ke Mardi.betulkah kena Ada kertas kerja
ReplyDelete